1. Laptop Semakin Perlahan Tanpa Sebab
Kalau dulu buka laptop laju, sekarang nak buka satu folder pun ambil masa 10 saat... itu bukan normal. Mungkin ada masalah pada hard disk, RAM, sistem operasi, atau jangkitan virus.
✅ Tindakan bijak:
Hantar untuk pemeriksaan awal. Kadang hanya perlu "clean up" atau upgrade RAM saja.
2. Kipas Bunyi Kuat & Panas Melampau
Kalau laptop anda makin panas walaupun cuma buka Google Chrome, atau kipas berbunyi kuat macam nak terbang... Itu tanda cooling system dah bermasalah. Samada fan atau ic board yang hantar signal pada fan problem.
🔥 Risiko: Komponen dalaman boleh rosak kekal akibat overheating.
✅ Solusi: Servis pembersihan dalaman & tukar thermal paste boleh pulihkan prestasi.
3. Bateri Cepat Habis atau Tak Cas Langsung
Laptop yang dulu tahan 4 jam, sekarang 30 minit dah nazak? Atau cas 100% tapi bila cabut charger terus mati?
🔋 Ini tanda bateri anda dah lemah atau sistem pengecasan bermasalah.
✅ Apa patut buat? Pemeriksaan voltan & penukaran bateri (kalau perlu) boleh selesaikan masalah.
4. Skrin Berkelip atau Paparan Pelik
Tiba-tiba skrin jadi gelap sebelah, berkelip, atau keluar garis pelik? Jangan tunggu skrin tu terus blackout.
📺 Kemungkinan: Masalah pada kabel fleksibel, skrin, atau kad grafik.
✅ Lagi cepat diperiksa, lagi murah kosnya.
5. Bunyi Aneh atau Peranti Tiba-tiba Tak Dapat Dikesan
Tiba-tiba speaker senyap, keyboard tak respons, atau ada bunyi pelik masa booting?
🛠️ Ini bukan sekadar glitch.. Boleh jadi kerosakan pada board, port, atau komponen dalaman.
✅ Pakar perlu tengok dengan segera sebelum rosak lebih teruk.
Langkah Bijak: Cegah Sebelum Parah
Di Klinik Laptop TJ, kami percaya mencegah lebih baik daripada membaiki. Pemeriksaan awal bukan sahaja menjimatkan kos, tapi juga memanjangkan jangka hayat laptop anda.
📍 Datang terus ke Klinik Laptop TJ di Bangi untuk pemeriksaan profesional.
📞 Tempah slot anda hari ini – servis cepat, jujur dan berbaloi.
Jangan tunggu laptop anda “meninggal dunia” baru nak bertindak. Kenal pasti tanda-tanda awal, dan serahkan pada yang pakar.
No comments:
Post a Comment