Hidup sebagai pelajar universiti bukan mudah. Kelas pagi, assignment tak pernah habis, groupmate ghaib, dan paling parah… Laptop rosak masa nak submit tugasan!
Untuk anda yang study di Bangi : UKM, KUPTM, atau kolej sekitar,
ni 7 masalah laptop yang biasa kami jumpa!
(dan ya, kami dah tolong ramai pelajar terutamanya siswi. π).
1. “Skrin aku macam BLACKPINK! Hitam je semua!” ππ₯️
Masalah biasa: Skrin laptop tiba-tiba gelap, berkelip, atau tak keluar paparan langsung.
Ada juga kes skrin jadi bergaris.
π ️ Kemungkinan punca:
-
Skrin rosak
-
Kabel connector longgar
-
Graphic Card bermasalah
π― Apa kami buat: Pemeriksaan menyeluruh, tukar skrin (kalau perlu), atau baiki cable attachment. Dan jangan risau, semua data anda kami jaga macam menatang minyak yang penuh.
2. “Laptop aku lembap… Tekan On, pergi mandi, laptop loading lagi!”
Bangun pagi pun struggle, tapi lagi struggle bila nak buka laptop untuk join kelas online atau siapkan report – tunggu loading macam azab dunia.
π ️ Masalah biasa:
-
RAM tak cukup
-
Hard disk hampir rosak
-
Terlalu banyak software/rubbish dalam sistem
π― Solusi kami:
-
Upgrade RAM atau tukar kepada SSD
-
Servis sistem
-
Kasi clear malware & clean up software
⏱️ Lepas servis, laptop anda boleh buka Microsoft Word dalam 3 saat. Bukan 3 minit.
3. “Asal dia panas semacam ni? Macam hati aku bila crush tak reply!” π₯
Laptop panas sampai boleh goreng nugget? Itu bukan biasa-biasa. Itu tanda sistem penyejukan anda tengah nazak.
π ️ Kemungkinan:
-
Kipas kotor
-
Thermal paste kering
-
Lubang udara tersumbat
π― Kami bantu dengan:
-
Servis bersih dalaman
-
Tukar thermal paste
-
Pemeriksaan hardware
π₯ Kami tak repair hati yang kecewa, tapi kami boleh sejukkan laptop anda.
4. “Bateri habis cepat… macam duit PTPTN.”
Baru buka Netflix satu episod, dah kena cucuk charger balik? Anda bukan sorang je.
π ️ Punca biasa:
-
Bateri lama / rosak
-
Masalah charging circuit
π― Kami boleh:
-
Tukar bateri original
-
Baiki port cas kalau longgar
-
Buat full diagnosis
πΈ Jimat duit jangka panjang kalau tukar awal, daripada beli laptop baru sebab malas servis.
5. “Keyboard aku macam tengah mogok – huruf A, S, D tak nak hidup!”
Main game sikit, keyboard terus koyak. Nak type “ASSIGNMENT” pun tak boleh sebab S dah rosak π©
π ️ Kemungkinan:
-
Keyboard rosak akibat air tumpah
-
Ribbon cable longgar
-
Motherboard bermasalah
π― Solusi kami: Ganti keyboard, atau buat repair dalaman. Cepat dan jimat. Jangan tunggu nak exam baru datang.
6. “WiFi tak detect. Saya stress.”
Duduk dalam bilik hostel, line dah la slow, laptop pula tak boleh connect WiFi langsung?
π ️ Masalah biasa:
-
Driver rosak
-
Kad WiFi mati
-
Antena dalam laptop longgar
π― Apa kami buat: Repair atau tukar kad WiFi, reinstall driver, dan pastikan anda boleh connect dengan dunia luar (dan hantar assignment online π).
7. “Ada bunyi pelik masa buka laptop. Macam ada jin.” π»
Bunyi klik, ketak-ketak, atau bising macam motor EX5? Itu tanda ada masalah hardware dalaman.
π ️ Punca boleh jadi:
-
Hard disk nazak
-
Kipas longgar
-
Board ada litar terbakar
π― Kami akan check dan maklumkan kos dulu. Tak ada kerja tanpa persetujuan.
π Pelajar Universiti di Bangi – Kami Sedia Bantu!
Klinik Laptop TJ di Bangi dah bantu ratusan pelajar dari UKM, KUPTM, UPM, dan banyak lagi. Kami faham bajet pelajar, jadi servis kami:
✅ Mesra pelajar. Ada Harga student.
✅ Harga mampu bayar
✅ Servis pantas (kadang boleh siap hari yang sama!)
π¬ Jangan Tunggu Rosak Teruk
Kalau laptop anda dah mula bagi hint, jangan tunggu sampai minggu final baru nak kalut. Datang awal, selamatkan pointer!
π Alamat: Klinik Laptop TJ, Aras 1 16B, Jalan 3/70 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.
π WhatsApp: 011-57580173 https://wa.me/601157580173
π Instagram/Facebook: Klinik Laptop TJ Bangi
No comments:
Post a Comment